Tuesday, May 12, 2009

NIZAR MENTERI BESAR YANG SAH

Categories:

HARI ini rakyat perak dianugerahkan Allah SWT dengan kemenangan moral di atas keputusan mahkamah tinggi mengumumkan bahawa YAB MB DS Nizar Jamaluddin kekal sebagai MB Perak yang sah.

Sekaligus Zambry dikira MB yang tidak diiktiraf. Demikian juga barisan Exco UBN yang haram.

Dengan kemenangan ini bererti kerajaan PR dan DS Nizar kini berada dipuncak kuasa semula. Harus diingat bahawa apapun natijahnya, ianya hanyalah bersifat sementara, maka wajib kita bersyukur kehadrat Allah SWT.

Jangan terlalu gembira dengan situasi ini, banyak lagi kerja yang harus dilaksanakan untuk rakyat, khususnya di Negeri Perak DR disamping memelihara kemenangan dan mengekalakan momentum, mood rakyat seluruhnya.
Kita panjatkan syukur alhamdulillah, kita ucapkan tahniah kepada DS Nizar, kita ucapkan tahniah juga kepada YB Speaker dan ADUN-ADUN PR yang bertungkus lumus berjuang hingga ketitisan darah terakhir (Kalau betul berjuang pun, UBN hanya tahu berjuang ke titisan peluh terakhir).
Diharap DS Nizar dapat dengan kadar segera memohon perkenan ke bawah DYMM Tuanku Sultan Perak untuk membubarkan DUN.
Jelas di sini PR tidak tamakkan kuasa, hak rakyat dikembalikan, PR mahu DUN tetap dibubarkan walaupun DS Nizar masih MB yang sah. Memang inilah yang sepatutnya dilakukan terlebih awal lagi.
DS Nizar dan Kerajaan PR sanggup menanggung risiko kehilangan kuasa semula, kita mesti yakin dan redha dengan apapun keputusan selepas ini. Kalah dalam satu pertempuran tidak bererti akan kalah dalam peperangan.

Seandainya Tuanku Sultan tidak berkenan membubarkan DUN Perak sekalipun, jangan kita gundah gulana, jangan kita kecewa kerana kemenangan moral telah kita perolehi dengan keputusan mahkamah hari ini dan juga gelagat UBN merampas kuasa di DUN tempohari.
Mata rakyat dan dunia telah terbuka seluas-luasnya.





Kini PR harus bertindak pantas!! Maksud saya betul-betul pantas! Rakyat ingin melihat PR agar lebih “offensive” bukan lagi “defensive”, khususnya di Perak.
Tindakan awal yang secara peribadinya saya lihat perlu dipertimbangkan dengan serius oleh YAB MB DS Nizar dan YB Speaker adalah mengambil tindakan tegas atau tindakan undang-undang kepada mereka-mereka yang selama ini bersekongkol menjahanamkan kerajaan PR Perak.

PR harus bertindak pantas, secara betul, secara lebih bijak, agresif dan “offensive” mengikut saluran undang-undang. Jangan terlalu berhemah sehingga memberi peluang kepada para pengkhianat ini tidak kira apapun alasan mereka.




Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

No Response to "NIZAR MENTERI BESAR YANG SAH"