Tuesday, September 29, 2009

Dari hati kepada hati

Huh dah berbulan rupanya masa berlalu..angan dan sedar, aku pun dah berpindah tempat kerja. Begitu juga dengan rumah. Sekarang aku menetap di hentian kajang dan berkerja di bandar baru bangi.

Sudah, cukup dengan perkembangan aku sekarang. Tergerak hati aku mahu luahkan sumting, dari hati ke hati..cewah! Sejak aku berkelana ke bangi ni, pelbagai masalah rumet aku hadapi. paling amat dasyat adalah aku berjauhan dengan cik gf aku. Bukan aku x boleh, tapi untuk aku berulang alik dari bangi ke shah alam memerlukan masa perjalanan satu jam lebih. Itu tak campur jem lagi.

Takpe, tabahkan hati! kuatkan semangat. Lagipun lepas ni aku akan amek kete. So senang skit la aku nak bergerak ke tempat2 yang jauh cam kat shah alam tu.

Tape cik gf aku tu asyik mengadu je jauh sgt, jarang jumpe la, jumpe pun kejab je. Aduhai, lemah je rase. Nak je aku resign and keje kat shah alam tu..

Okelah aku rase cukup la kot luahan dari hati ke hati aku ni..

.:Selamat Hari Raya Aidilfitri:.

Tuesday, September 22, 2009

Aduh kalah lagi!!!

Dah macam ape je aku rasa harini, tensen, bengang, lemah, ngantok, pandet kate sume ade la.. Mau tak nye, Liverpool kalah lagi ngan Florentina. Masuk ni dah 3 kali Liverpool kalah. Aku tak pasti la kat mane silapnye. Tapi jujur aku cakap, gaya serangan tak meyakinkan langsung.

Aku salah seorang peminat bola sepak yang universal. Mean aku akan tengok bola tak kirelah sape pun lawan, janji ianya bola sepak.So aku dapat agak tengok ade yang tak kene dengan liverpool sekarang ni. Pada aku jentera serangan dah tajam, tengah pun oke dan pertahanan lagi la cun. Cuma salahnya kat chemistry mungkin. Xde idea yang kreatif dari tengah.

AHhhh tensen je. Masuk ni dah 3 kali kalah. Abes la impian nak rebut tahta. Cuma aku sebagai seorang yang teguh kepada liverpool, aku tetap menaruh harapan tinggi..

"YOU WILL NEVER WALK ALONE"

Sunday, September 20, 2009

.:Selamat Hari Raya Aidilfitri:.



Salam aidilfitri walfaizin.