Friday, June 26, 2009

Majlis Penutupan

he just serious for a while


a dream couple. can it be?

just focus on eat oke!


just a memorial in the clublooking for cicak up there

cuppa cake?

where i am?


i said look camera pls!!

Tq for all guys and girls coz sudi menyelam kedalam blog aku ni..
Disini aku nak mintak maaf atas salah dan silap aku selama ini. Aku selaku ketua kelab ronsoi ini dengan secara rasminya menutup club ini dengan bismillah.

Tapi korang jangan risaw coz aku akan buka club baru dengan keanggotaan baru..

haha aku ngarut ape ni. Ni pic dinner di steamboat aritu.
selembut bayu, lembut lg izad..hehs

i kiss a girl? really?

Tuesday, June 23, 2009

Weekend lepas merupakan antara weekend yang paling busy dan paling memenatkan. Aku bukan nak mengeluh disini, tapi aku just nak bercerita tentang pengalaman aku.


Aku sebelum ni time masuk U, semua terhidang di depan mate. I means kolej, yuran, penaja, and all kind of that thing. Tapi baru dis week aku hantar gf aku daftarkan diri untuk buat master di UITM Shah Alam, ada banyak giler dugaan.




1st thing is nak cari rumah sewa. Owh seksa ya amat. Berbeza sangat dengan UKM. Bagi aku UKM lg better dari segi kolej. Bukan aku nak bangga sangat dengan ukm, tapi i just give my opinion je oke!. Kalau di ukm bab duduk kolej memang takde masalah la. Kalau korang tak aktif pun stil boleh dapat kolej. Aku tak tipu beb. Paling bangang pun dapat kolej zaba' yang agak mahal. Tipu la kalau ade yang cakap kolej kat ukm penuh. Aku rase yang cakap macam tu sebab taknak cari or memang tak layak duduk kolej mane2.



Anyway, episod mencari rumah sewa ni dimulakan dari satu bus stop ke satu bus stop. Ini memang wajib lah. Kalau ade yang jiwa busuk bangkai tu, mahu dikoyaknye iklan tu. Biar takde saingan.



Then time tu alhamdullih dapat la satu number ni, owner name liza. Kitaorang kol and decide to meet la. Nak tengok2 rumah mcm mane.Then cik gf pun setuju tinggal kat situ. Itupun setelah penat berdiskusi sekian lame.

Thursday, June 4, 2009

Aku bergerak solo

Aku sekarang da tukar front page aku. Its mean sekarang aku dah bergerak solo dalam penulisan blog ni. Aku rasa lagi enak macam ni sebab aku x perlu terikat dengan sesuatu topic. Terasa macam baru keluar dari band then wat album solo.

Album solo aku ni aku kasi name 'LELAKI REBEN HIJAU'.

owh kenape aku amek name yang pelik macam tu? aku aku jelaskan di kemudian hari..

Aku cume nk cite pasal peminat or pembaca blog yang yang pendiam. Aku dulu pun macam dorang jugak, suka baca blog tetapi tanpa meninggalkan setitik kesan kepada blogger tersebut.

Ape yang aku maksudkan, semalam sebelum aku balik keje, aku ade la refresh blog aku ni. Amatlah terkejutnye aku apabila aku lihat ade 14 orang tengah view page aku pada waktu dan masa yang same. Ini 1st time aku dapat pengunjung yang bagi aku cukup ramai. Maklumlah, aku pun baru lagi dalam penulisan maya ni.

Cume bila dorang bace blog, then leave macam tu aje. Tanpa tinggalkan ape2. Cume gadjet pengesanan pengunjung aku je yang dapat kesan dorang tu.

Aku cume terkadang terasa seperti aku keseorangan je kat sini. Tapi x mengapa kerana aku menukil disini hanya kerana hobi dan minat aku saja, tanpa mengharapkan visitor untuk membaca apa yang aku garabkan.

Anyway, come on reader!! show yourself in this cyber world !!

Wednesday, June 3, 2009

Abahku masuk hospital..

Di kenangan semalam yang masih berbulu, aku dikejutkan lagi dengan berita abah aku kne tahan kt wad sebab kene stroke. Owh malangnye 2 june 2009 bagi aku..dua kejadian aneh yang aku alami semalam begitu ngeri. Seolah2 aku dihempap bumbung stadium yang runtuh.

Malam semalam sewaktu aku datang menjengah famili aku yang berkampung dirumah abg aku di sg buloh, abah aku mengadu sakit kaki. Kaki dia bengkat macam kene sengat tebuan. Ini mungkin kerana salah makan time kenduri kawen rumah sepupu aku.

Abang aku ditemani mak aku segera lah pergi hospital swasta berdekatan. Bagi aku its fine la. Lagipun ayah aku tu memang dari dulu ada sakit 'gaut'(betul ke eja cmtu ea). Lame gak aku lepak-lepak kat rumah abang aku tu. Jam pukul 10 pun masih x balik-balik lagi.

Then abang aku kol cakap ayah aku kne tahan kt hospital sungai buloh. Diye cakap abah aku kne stroke. Aku memang x sedap hati. tapi apekan daya, aku hanya ada sebuah moto yang bagi aku ianya basikal burok yang perlahan. Dan dengan badan yang terlalu letih.

Aku tetapkan hati untuk pergi keesokkan harinya.

So aku datang la keje macam biasa. Then aku nak balik dalam pukul 6 tu, abang aku kol perli+marah mungkin. Sakitnye hati aku time tu. Aku bukan xnk melawat, tapi aku ada urusan kerja. Anak mane yang x sayang ayah oii..

harini aku pendamkan hati dengan abang aku tu. Aku malas nk panjangkan cite.

hari esok, akan aku lawat abah aku..aku berjanji ni abah....(nak wat halfday la rasenye)



*cite bab bumbung runtuh kt terengganu tu, aku ade la dapat informer kenape bumbung tu roboh..dari berita yang aku dapat tapi aku kena rahsiakan sumbernya, ni pic diye..saksikan puncanya.


aku rase budak2 sane tu da xde keje lain kot.boleh wat main lak bunbung stadium tu. (bodo punya raksasa, ni bkn jepun la. Altromen xde, cicak man je yang ade)..Tp klu ikot logik, btul gak kan. mane mungkin bangunan bru da roboh cmtu. stadium merdeka pun utuh lagi sampai sekarang. fikir-fikirkan...