Wednesday, June 3, 2009

Abahku masuk hospital..

Categories:

Di kenangan semalam yang masih berbulu, aku dikejutkan lagi dengan berita abah aku kne tahan kt wad sebab kene stroke. Owh malangnye 2 june 2009 bagi aku..dua kejadian aneh yang aku alami semalam begitu ngeri. Seolah2 aku dihempap bumbung stadium yang runtuh.

Malam semalam sewaktu aku datang menjengah famili aku yang berkampung dirumah abg aku di sg buloh, abah aku mengadu sakit kaki. Kaki dia bengkat macam kene sengat tebuan. Ini mungkin kerana salah makan time kenduri kawen rumah sepupu aku.

Abang aku ditemani mak aku segera lah pergi hospital swasta berdekatan. Bagi aku its fine la. Lagipun ayah aku tu memang dari dulu ada sakit 'gaut'(betul ke eja cmtu ea). Lame gak aku lepak-lepak kat rumah abang aku tu. Jam pukul 10 pun masih x balik-balik lagi.

Then abang aku kol cakap ayah aku kne tahan kt hospital sungai buloh. Diye cakap abah aku kne stroke. Aku memang x sedap hati. tapi apekan daya, aku hanya ada sebuah moto yang bagi aku ianya basikal burok yang perlahan. Dan dengan badan yang terlalu letih.

Aku tetapkan hati untuk pergi keesokkan harinya.

So aku datang la keje macam biasa. Then aku nak balik dalam pukul 6 tu, abang aku kol perli+marah mungkin. Sakitnye hati aku time tu. Aku bukan xnk melawat, tapi aku ada urusan kerja. Anak mane yang x sayang ayah oii..

harini aku pendamkan hati dengan abang aku tu. Aku malas nk panjangkan cite.

hari esok, akan aku lawat abah aku..aku berjanji ni abah....(nak wat halfday la rasenye)



*cite bab bumbung runtuh kt terengganu tu, aku ade la dapat informer kenape bumbung tu roboh..dari berita yang aku dapat tapi aku kena rahsiakan sumbernya, ni pic diye..saksikan puncanya.


aku rase budak2 sane tu da xde keje lain kot.boleh wat main lak bunbung stadium tu. (bodo punya raksasa, ni bkn jepun la. Altromen xde, cicak man je yang ade)..Tp klu ikot logik, btul gak kan. mane mungkin bangunan bru da roboh cmtu. stadium merdeka pun utuh lagi sampai sekarang. fikir-fikirkan...

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

1 Response to Abahku masuk hospital..

June 3, 2009 at 11:10 PM

aku doakn abah ko pulih sdiakala...napi..apak aku dlu pon pnh kne stroke...tp skang da ok 100%...ms tu aku br form3 taO...