Monday, October 26, 2009

LIVERPOOL BACK!!!

Categories:


Sebagai peminat setia Liverpool, aku merasa begitu berbangga keatas kemenangan liverpool malam td. Liverpool mengalahkan Manchester United 2-0. Itu adalah kemenangan ketiga berturut-turut Liverpool dalam saingan EPL mengatasi MANU.

Perlawanan yang penuh debaran dan dramatik. Aku menyaksiakan perlawanan tersebut di Bangsar bersama kenalan rapat. Di harapkan kemenangan semalam merupakan 'turning point' keatas permulaan musim yang suram. "Welcome Back Liverpool"..

Kredit haruslah diberi kepada fernando torres kerana menumbat gol inspirasi kepada kemenangan bergaya tersebut. Torres berlum cergas sepenuhnya tetapi tetap diturutkan dan ternyata ianya cukup berbaloi. Pujian juga harus diberikan kepada Rafa Benitez atas tektikal yang bijak dengan meletakan Yossi Benayoun ditempat yang sepatutnya.

Disini aku lampirkan gambar masa training dan gambar semasa perlawanan tersebut yang menjadi antara memori terindah.


Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

No Response to "LIVERPOOL BACK!!!"